Wednesday, May 30, 2012

Majlis Kenduri lagi...

Assalamualaikum...minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk dan memenatkan.. maklumlah mak nak menerima menantu baru. langsir rumah atas, rumah bawah, tabir untuk pelamin, hantaran mestilah disiapkan. Tidak lupa gak kerja menghias bilik pengantin, perhiasan khemah makan beradap dan masakan untuk makan beradap.semuanya kami sekeluarga buat sendiri. Alhamdulillah adik beradik ramai. Jadi persiapan jadi lebih mudah. Buat sama-sama kerja ni memang seronok. Banyak idea, banyak berbincang dan yang paling penting mengeratkan hubungan adik-beradik. Penat memang penat tetapi seronok , berbaloi dan yg paling penting menjimatkan kos.

langsir rumah atas..hasil kerjatangan sendiri

mak tersayang sempat berposing..walaupun pelamin mini belum siap sepenuhnya. Rajin betul pembantu dan merangkap pengantin  ni menyiapkan pelamin.


memantau... Pak ngah memantau persiapan majlis.. sempat gak berposing... segak lagi ni pak ngah... mesti ramai calon isi borang nanti..
Pelamin mini siap sepenuhnya. pelamin ni untuk sesi ambil gambar je. pengantin x mahu bersanding , katanya . walaupun ringkas namun meriah..hihihi puji diri sendiri lak


pasangan mempelai yang diraikan..semoga berkekalan jodoh hingga akhir hayat.Dah penat buat pelamin .. posing time...

Sebahagian anak-anak buah (jumlah sebenar kesemuanya 42 orang ). susah nak kumpulkan semua..apa pun cun-cun, comel dan pandai -pandai semuanya. Jadilah anak yang membanggakan keluarga ya.
ni nak tunjuk gambar hiasan khemah untuk makan beradap..terlupa lak nak ambil gambar penuh.. anggaplah 2 jejaka tampan tu model x berbayar. nak bagi tahu gak model memakai baju yang ditempah khas untuk keluarga ... tema pink...  Idea perhiasan khemah adalah idea bersama, barang-barang perhiasan pun adalah kombinasi barangan bersama.. bawa dari rumah masing-masing. cantik gak kan..saje je buat warna meron supaya x lah pinkkkky sangat majlis ni...



Sunday, May 20, 2012

Hasil kerjatangan ummi





langsir tingkap 3 panel


langsir pintu bilik






Gambar langsir untuk rumah 4 tahun lepas. Saje je chek gambar lama-lama, terselit lak gambar langsir ni..Puas hatilah ngan hasil kerja tangan sendiri. Hantaran tema biru putih tu lak masa nuar tunang. Manakala hantaran tema merah , untuk majlis perkahwinan Nuar.Hantaran tema pink dan purple semestinya hantaran ijam masa bertunang.semuanya tahun lepasnya kerja tangan

Mini pelamin


langsir pintu
kanak-kanak ribena pun pandai berposing kat pelamin yg indah... 

ni lak geng awek-awek cun...terselit lak 2 org jejeka kecik...dah membesar n cute2 lak tu..lepas ni berderetlah majlis kahwin nampaknya..

Bidan terjun..mini pelamin untuk majlis perkahwinan adik (Nuar &Zatul) pada bulan 11 2011.  Menggunakan langsir  umah yang baru siap. Bahan-bahan lain adalah bahan sedia ada kat umah mak. Bunga-bunga tu je yang baru beli. kira menjadi gaklah pelamin ni. Rata-rata tetamu memuji.. walaupun pada hakikatnya tidaklah secantik mana pun.