Sunday, November 23, 2014

Projek diy menukar baju peti sejuk ummi

    Peti sejuk ni dah berumur 8 tahun lebih. Banyak berjasa pada keluarga ummi. Tetapi badannya dah banyak jerawat. Kesian ummi tengok rupa peti sejuk ummi ni. Jadi ummi pun bercadang untuk menukar baju peti sejuk ummi. Idea ni ummi cedok dari group deco kt fb tu. Terima kasih kawan- kawan. Memang jimat. Yelah ummi hanya menggunakan wall paper stiker yang dibeli kat kedai mr diy yg berharga 3 inggit lebih untuk 2 rol. Nak berjimat boleh jer kawan- kawan.

     Wallpaper stiker ni dah siap gam. Hanya tanggalkan kertas kat belakang dan kemudian tampalkan kat peti sejuk. Dah siap..cantik tak?

 Baju baru peti sejuk ku

Menu keluarga

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu..semoga Allah sentiasa memberikan rezeki yang melimpah ruah pada keluargaku ini..amin.
     Macam biasa ummi nak kongsi beberapa lagi menu kegemaran keluarga ummi.
                       Masak lemak cili api

Ayam barbeq sos perap maggi

Sos perap maggi

Roti dan telur bakar

Sebelum dibakar


Wednesday, November 19, 2014

Cuba- cuba deko gaya english.

Assalamualaikum ...semoga Allah kekalkan hati kita dalam islam dan iman. Amin.
     Ummi memang minat sangat deco english style ni. Sampai termimpi - mimpi. Tapi makan tetap kenyang..mandi memang basah..tidur lena..kalu tak lena tak mungkin berminpikan . itu fakta yer..
    Ummi bukan nak cerita tentang mimpi..tapi ni reality. Cubaan untuk mendeco rumah ala english..cubaan kecil untuk ruang yang kecil jer..



    Inilah ruang tu..iaitu antara sofa dengan meja makan tu..kecik jer kan. Ummi gunakan barang- barang yang sedia ada..x beli pun..meja kecil tu meja solek dan meja sisi katil..memang digunakan untuk meletak majalah ummi..



* perasaan x bingkai cermin tu pernah digunakan sebagai hiasan mini pelamin ijam(adik ummi) .dh luntur cat putih.x sempat disembur semula..x sabo punya pasal.begitu juga bunga dan kotak hijau tu..hiasan untuk barang hantaran. Cawan comel tu door gift org kenduri kahwin..Jimatkan..