Monday, December 29, 2014

Musim Hujan ...rose jepun

Alhamdulillah.walaupun hujan bunga rose jepun ummi berputik..kembang dan mekar.semuanya dengan izin Allah..terpaksa alihkn ke kawasan beratap sebab ada yg lecur sebab kerap dibasahi  hujan lebat..namun bersyukur..







Saturday, December 6, 2014

Dapur kecil ummi

Assalamualaikum..pagi - pagi nilah aktiviti rutin ummi masuk dapur.

Penting dapur ni . walaupun saiznya kecil, tak da kicthen cabinet..tapi fungsinya sangat besar. Di sinilah ummi bersilat menyediakan makanan untuk seisi keluarga.


Niat dihati nak tambah ruang dapur ni. Lom ada budget.. Namun tetap bersyukur dan membahagiakan kami sekeluaga. Alhamdulillah.


* ps: ummi pernah post gambar dapur ummi dlm group deko..gambar yg atas sekali tu.alhamdulillah dapat 108 like. Terima kasih ada juga yg sudi nk like dapur kecil ummi ni...Terima kasih yaAllah memberi rezeki yg halal..

Thursday, December 4, 2014

Baru nak berjinak- jinak dengan bunga rose jepun..

Ya Allah sungguh cantik ciptaanmu..bunga ros jepun...bunganya yang mempunyai pelbagai warna amat memikat hati ...SubahanAllah..
    Ummi ni dulu malas nak tanam pokok bunga yg berbunga ni..susah nak jaga. Tapi sejak berkenalan dengan bunga rj ni..hati terus terpikat..hihihi.. Alhamdulillah..pokok nya senang ditanam dan dijaga..amat suka cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbungga..tanah pula mestilah tanah yg tidak menakung air..
    Nilah hasil tanaman ummi yang baru nak belajar menanam bunga ros jepun ni..

                       
Pokok yg ni adalah pokok yang mula- mula ummi miliki untuk dijadikan benih.

Si kuning dah mula berbunga

Dah banyak benihnya ummi semai. .masih lagi merimbun..
Anak-anak pokok dah mula berbunga
Pucuk muda dah keluar

             Bunga yang ni kuning.

Bunga yang ni beli kat pasar tani
Benih yang ni beli online . Rm 10  ..6 ringgit untuk duit pos laju..rm4 untk benih..40 keratan ..tapi dapat lebih..baru nak tumbuh..ada yang lain tak ambil gambar lak..

Tanam dalam bekas tong yang dipotong

Sunday, November 23, 2014

Projek diy menukar baju peti sejuk ummi

    Peti sejuk ni dah berumur 8 tahun lebih. Banyak berjasa pada keluarga ummi. Tetapi badannya dah banyak jerawat. Kesian ummi tengok rupa peti sejuk ummi ni. Jadi ummi pun bercadang untuk menukar baju peti sejuk ummi. Idea ni ummi cedok dari group deco kt fb tu. Terima kasih kawan- kawan. Memang jimat. Yelah ummi hanya menggunakan wall paper stiker yang dibeli kat kedai mr diy yg berharga 3 inggit lebih untuk 2 rol. Nak berjimat boleh jer kawan- kawan.

     Wallpaper stiker ni dah siap gam. Hanya tanggalkan kertas kat belakang dan kemudian tampalkan kat peti sejuk. Dah siap..cantik tak?

 Baju baru peti sejuk ku

Menu keluarga

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu..semoga Allah sentiasa memberikan rezeki yang melimpah ruah pada keluargaku ini..amin.
     Macam biasa ummi nak kongsi beberapa lagi menu kegemaran keluarga ummi.
                       Masak lemak cili api

Ayam barbeq sos perap maggi

Sos perap maggi

Roti dan telur bakar

Sebelum dibakar


Wednesday, November 19, 2014

Cuba- cuba deko gaya english.

Assalamualaikum ...semoga Allah kekalkan hati kita dalam islam dan iman. Amin.
     Ummi memang minat sangat deco english style ni. Sampai termimpi - mimpi. Tapi makan tetap kenyang..mandi memang basah..tidur lena..kalu tak lena tak mungkin berminpikan . itu fakta yer..
    Ummi bukan nak cerita tentang mimpi..tapi ni reality. Cubaan untuk mendeco rumah ala english..cubaan kecil untuk ruang yang kecil jer..



    Inilah ruang tu..iaitu antara sofa dengan meja makan tu..kecik jer kan. Ummi gunakan barang- barang yang sedia ada..x beli pun..meja kecil tu meja solek dan meja sisi katil..memang digunakan untuk meletak majalah ummi..



* perasaan x bingkai cermin tu pernah digunakan sebagai hiasan mini pelamin ijam(adik ummi) .dh luntur cat putih.x sempat disembur semula..x sabo punya pasal.begitu juga bunga dan kotak hijau tu..hiasan untuk barang hantaran. Cawan comel tu door gift org kenduri kahwin..Jimatkan..



Tuesday, October 28, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Rajin pulak ummi ni..kalau sampai mood malas bersawang blog ummi ni jadinya. Ha..tuan -tuan dan puan - puan .. Petang ni ummi nak berkongsi resepi jeruk buah mangga asam boi. Sekarang ni memang tengah hangat di pasaran..hihihi. Satu balang kecil cam ummi buat ni dijual dengan harga Rm 10..dan balang besar sikit Rm 20 .Jadi nak jimat buat jer sendiri. Lagi pun depan ummikn ada pokok mangga..hihihi alhamdulillah.

Bahan - bahan:
Mangga dalam 3 ke 4 biji
Garam sedikit
*Gula - dlm tiga sudu
*Lada cili -3 biji.
*Asam boi- 7 biji
*( blh nk kurangkan dan boleh ditambah)





Cara-cara

1. Kupas kulit mangga dan rendam
Seketika dengan air panas. (Tak rendam pun boleh)

2.Masukkan semua bahan dalam balang

3.Gaul sebati/goncangkan bekas

4.Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman

5. Dah siap. Sedia untuk dimakan

Dekatkan diri dengan alam ciptaan Allah

Assalamualaikum.
Hari ni ummi nak kongsi hobi ummi di masa lapang. Nilah hobi ummi bercucuk tanam n berkebun di atas tanah yang terhad. Ini adalah taman mini ummi. Alhamdulillah dapat merehatkan minda ummi..walaupun taman bunganya taklah segah taman anda semua..




    Berkebun dapat mendekatkan diri kita dengan alam ciptaan Allah. Berkebun juga membolehkan kita berjimat. Nak masak ambil dan petik jer kat kebun. Macam kat kampung pulak rasanya...kebanyakan pokok herba dan sayur ni encik suami yang tanam..hihihi
   
Pokok pandan
Pokok serai

                                  Pokok cili api
Pokok limau kasturi

Yang ni pulak pokok buah- buahan yer..suami ummi memang suka bercucuk tanam. Jadi kami manafaatkan tanah yang terhad ini . Tak de rugi pun. Bak kata orang tua. Berbudi kepada tanah..pokok mangga dan pokok belimbing. Hasilnya alhamdulillah.. Ramai yang dapat rasa.ummi pernah post dulu kan..
Pokok buah belimbing..dibungkus

Saturday, October 25, 2014

Deco lagi

       Sebenarnya ummi ada masuk satu group dalam fb iaitu dekorasi rumah. Tidak perlu rasanya ummi bagitahu nama group tu.

Banyak juga manafaat sertai group tu.. Dapat berkongsi maklumat tentang cara deco rumah, ada juga yang bagi maklumat tentang barang-barang deco murah..kedai -kedai deco buget. Masing-masing berlumba- lumba tunjuk gambar deco rumah masing - masing. Seronok Ummi  tengok rumah orang yang cantik-cantik.

          Ummi pun jadi lebih bersemangat gak mendeco rumah. Walaupun taklah cantik sangat. Simple jer.. Sebenarnya minat gaya english deco. Lom berjaya lagi nampaknya. Banyak perlu diperbaiki. Tapi oklah jugakan.

          Tapi dalam berdeco kita mesti ingat jangan membazir. Rasanya kalu barang yang tak perlu tak payah belilh. Jangan lak kita mendeco dengan niat nak menunjuk- nunjuk.. Jangan membanga- bangga diri..sebab kita mesti ingat semua itu hanya pinjaman sementara dari Allah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
 

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum dan salam maal Hijrah. Semoga kita semua berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik . Semoga amalan kebaikan kita bertambah...berubah menjadi hamba Allah yang lebih soleh. Semoga Allah sentiasa tetapkan iman kita. Amin.

Friday, October 3, 2014

Menu air tangan ummi.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..selamat malam. Hari ni sesaja jer ummi nak share beberapa menu kegemaran anak-anak. Xlah secantik mana pun, tak ada hiasan pun hidangan ummi ni. Yang penting rasanya memang sedap dan anak-anak ummi berselera.. InsyAllah lain kali ummi share resepinya pulak ya.
Agar-agar milo oreo

Kek coklat lembap
Versi cup cake

Ayam black pepper panggang

Kuah kentang,kentang putar dan ayam goreng ala- ala kfc

Kuah lada hitam