Saturday, October 25, 2014

Deco lagi

       Sebenarnya ummi ada masuk satu group dalam fb iaitu dekorasi rumah. Tidak perlu rasanya ummi bagitahu nama group tu.

Banyak juga manafaat sertai group tu.. Dapat berkongsi maklumat tentang cara deco rumah, ada juga yang bagi maklumat tentang barang-barang deco murah..kedai -kedai deco buget. Masing-masing berlumba- lumba tunjuk gambar deco rumah masing - masing. Seronok Ummi  tengok rumah orang yang cantik-cantik.

          Ummi pun jadi lebih bersemangat gak mendeco rumah. Walaupun taklah cantik sangat. Simple jer.. Sebenarnya minat gaya english deco. Lom berjaya lagi nampaknya. Banyak perlu diperbaiki. Tapi oklah jugakan.

          Tapi dalam berdeco kita mesti ingat jangan membazir. Rasanya kalu barang yang tak perlu tak payah belilh. Jangan lak kita mendeco dengan niat nak menunjuk- nunjuk.. Jangan membanga- bangga diri..sebab kita mesti ingat semua itu hanya pinjaman sementara dari Allah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
 

No comments:

Post a Comment