Tuesday, October 28, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Rajin pulak ummi ni..kalau sampai mood malas bersawang blog ummi ni jadinya. Ha..tuan -tuan dan puan - puan .. Petang ni ummi nak berkongsi resepi jeruk buah mangga asam boi. Sekarang ni memang tengah hangat di pasaran..hihihi. Satu balang kecil cam ummi buat ni dijual dengan harga Rm 10..dan balang besar sikit Rm 20 .Jadi nak jimat buat jer sendiri. Lagi pun depan ummikn ada pokok mangga..hihihi alhamdulillah.

Bahan - bahan:
Mangga dalam 3 ke 4 biji
Garam sedikit
*Gula - dlm tiga sudu
*Lada cili -3 biji.
*Asam boi- 7 biji
*( blh nk kurangkan dan boleh ditambah)





Cara-cara

1. Kupas kulit mangga dan rendam
Seketika dengan air panas. (Tak rendam pun boleh)

2.Masukkan semua bahan dalam balang

3.Gaul sebati/goncangkan bekas

4.Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman

5. Dah siap. Sedia untuk dimakan

Dekatkan diri dengan alam ciptaan Allah

Assalamualaikum.
Hari ni ummi nak kongsi hobi ummi di masa lapang. Nilah hobi ummi bercucuk tanam n berkebun di atas tanah yang terhad. Ini adalah taman mini ummi. Alhamdulillah dapat merehatkan minda ummi..walaupun taman bunganya taklah segah taman anda semua..




    Berkebun dapat mendekatkan diri kita dengan alam ciptaan Allah. Berkebun juga membolehkan kita berjimat. Nak masak ambil dan petik jer kat kebun. Macam kat kampung pulak rasanya...kebanyakan pokok herba dan sayur ni encik suami yang tanam..hihihi
   
Pokok pandan
Pokok serai

                                  Pokok cili api
Pokok limau kasturi

Yang ni pulak pokok buah- buahan yer..suami ummi memang suka bercucuk tanam. Jadi kami manafaatkan tanah yang terhad ini . Tak de rugi pun. Bak kata orang tua. Berbudi kepada tanah..pokok mangga dan pokok belimbing. Hasilnya alhamdulillah.. Ramai yang dapat rasa.ummi pernah post dulu kan..
Pokok buah belimbing..dibungkus

Saturday, October 25, 2014

Deco lagi

       Sebenarnya ummi ada masuk satu group dalam fb iaitu dekorasi rumah. Tidak perlu rasanya ummi bagitahu nama group tu.

Banyak juga manafaat sertai group tu.. Dapat berkongsi maklumat tentang cara deco rumah, ada juga yang bagi maklumat tentang barang-barang deco murah..kedai -kedai deco buget. Masing-masing berlumba- lumba tunjuk gambar deco rumah masing - masing. Seronok Ummi  tengok rumah orang yang cantik-cantik.

          Ummi pun jadi lebih bersemangat gak mendeco rumah. Walaupun taklah cantik sangat. Simple jer.. Sebenarnya minat gaya english deco. Lom berjaya lagi nampaknya. Banyak perlu diperbaiki. Tapi oklah jugakan.

          Tapi dalam berdeco kita mesti ingat jangan membazir. Rasanya kalu barang yang tak perlu tak payah belilh. Jangan lak kita mendeco dengan niat nak menunjuk- nunjuk.. Jangan membanga- bangga diri..sebab kita mesti ingat semua itu hanya pinjaman sementara dari Allah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
 

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum dan salam maal Hijrah. Semoga kita semua berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik . Semoga amalan kebaikan kita bertambah...berubah menjadi hamba Allah yang lebih soleh. Semoga Allah sentiasa tetapkan iman kita. Amin.

Friday, October 3, 2014

Menu air tangan ummi.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..selamat malam. Hari ni sesaja jer ummi nak share beberapa menu kegemaran anak-anak. Xlah secantik mana pun, tak ada hiasan pun hidangan ummi ni. Yang penting rasanya memang sedap dan anak-anak ummi berselera.. InsyAllah lain kali ummi share resepinya pulak ya.
Agar-agar milo oreo

Kek coklat lembap
Versi cup cake

Ayam black pepper panggang

Kuah kentang,kentang putar dan ayam goreng ala- ala kfc

Kuah lada hitam